Sunday, March 3, 2013

Setiap orang ada keupayaannya

Lain orang lain kelebihannya.

Aku dulu pernah sampai terfikir, 'orang yang tak pandai main bola sepak ni mesti orang yang tak kreatif dan bodoh' ... yelah,kalau dulu bagi aku, bola sepak ni adalah sukan yang paling simple dan mudah sahaja, paling 'selemah lemah iman pon', tak kurang seseorang tu mesti boleh passing bola dengan kemas dan dengan pnuh bergaya, dan bagi aku jugak suatu masa dahulu, bola sepak ni hanya orang yang kreatif je boleh main sebab yelah, permainan ni memerlukan kecerdasan otak bagi menghasilkan gerakan gerakan yang menarik, tak macam sesetengah sukan yang lain yang hanya dengan berlatih giler2 sahaja baru seseorang tu boleh menang game, tapi bagi aku bola sepak tak macam tu, kalau ko kreatif, ko bijak, ko still boleh menang game tu walaupun badan ko takdelah besar sangat ataupun fitness ko kurang sket berbanding team lawan ko, because its all about your creativity and of course pengalaman ko sendiri... dan satu lagi bola sepak ni menarik bagi aku mungkin yelah kan sebab bola sepak ni permainan berpasukan, ianya lebih seronok bila kita main dengan rakan2 yang ramai . but really, bola sepak bukan macam game berpasukan yang lain, its all about creativity and inttelligence. dan bola sepak jugak adalah game yang mana ko akan secara terus menyentuh bola tersebut dari kaki ko, which means ko tak gunakan apa2 alat lain macam contoh kayu hoki, atau raket badminton, atau lain2 peralatan. Ianya suatu game yang amat seronok dan best gila, kalau nak cerita tentang bola sepak ni memang tak habis lah, aku akan katakan yang bola sepak adalah game yang paling best dan interensting gila lah, siapa yang tak cuba atau tak pernah main memang rugi laa. hahah :) kegilaan aku terhadap bola sepak ni sampaikan aku banyak kali termimpi mimpi yang aku akan menyarung jersi kebangsaan malaysia dan beraksi di tahap antarabangsa tapi apakan daya, tugas yang lebih berat menanti untuk dilaksanakan. heheh.

Tapi, lain orang lain kelebihannya, pandangan aku tentang orang yang tak pandai main bola ni adalah orang yang bodoh dan tak kreatif meleset apabila aku tengok kawan aku yang sorang ni terer main bola tampar tapi aku noob gila main bola tampar, walhal, dalam game bola sepak kawan aku yang orang ni takdelah power mana, ini membuktikan pada aku, yang lain orang lain bidangnya, mungkin di suatu sudut aku hebat, tapi di sudut lain aku adalah orang yang paling noob gila.

So, dont mess with other people, because they have their own ability.. and, dont think that ur opinion before is the best, still think and think and thinking, u might be the interesting people :D , have fun B)

Sunday, November 4, 2012

Nikmat Tuhan

Nikmat Tuhan..

Apa yang kita faham dengan nikmat tuhan ni eh? "Segala sesuatu pemberian yang kita dapat dan rasa didalam dunia ni.." mcam tu eh..? huhu :D entahlah, saya pon tak tahu jugak sebenarnya. huhuhu.

Tapi nikmat Allah ni luas kan, dan baanyiiiiaaak sangat. :D Dari kita bangun tidur saaampai lah kita nak tidur balik pada malamnya nanti banyak betul nikmat Allah yang kita dapat. Contohnya seperti makan, duit, belajar, dapat bersembang dengan rakan rakan, gelak ketawa ( eh, gelak ketawa pon nikmat tuhan jugak tau, ada je orang yang tak boleh gelak ketawa dek kerana mulut dia memang tak boleh gelak ke, hati keras ke, ataupun sebab sedih yang terlampau )  dan, apa lagi nikmat tuhan yang lain... ? dapat mak bapak yang baik, dapat isteri yang solehah, eh?? dapat bersenang lenang, ( yelah! kat tempat kita ni aman je kan, tak payah pun nak kene perang dengan orang kafir laknatullah macam saudara kita kat palestin, syria, lubnan dan rohingya sana nunn.. ) aman peacefull jek.. tapi malaysia masih dalam jahiliyyah T_T

Jadi rakan rakan yang saya sayangi dan kasihi sekalian, ada dua nikmat tuhan, yang sebenarnya nikmat yang paling besar dan yang paaaliiiiinnng biggest yang perlu kita beri perhatian dan kesyukuran kita padanya, DUA perkara tersebut adalah... adalah appaaa semuaa?  yeaaa.. itulah diaa, nikmat Iman dan Islam!

Nikmat Iman dan Islam. sedar atau tidak kita ni kebanyakannya lahir-lahir sahaja dalam dunia yang penuh barakah ni dah terus dapat nikmat Iman dan islam tu, tak perlu pun kita bersusah payah untuk bermusafir jauh jauh ataupun meminta minta merayu bagi mendapatkan nikmat iman dan islam itu sendiri kan, kerana apa? kerana mak bapak kita sudah pon menjadi orang islam dan beriman kepada Allah.. Insya Allah.

Penting sebenarnya dua nikmat yang terbesar yang Allah bagi pada kita pada hari ini.

ingat lagi?? ingat lagi tak??

Zaman mekah dahulu yang sebelum nabi datang mengajarkan mereka tentang islam, mereka hidup dalam keadaan yang jahil!

Dan tidak tahu tentang apa tujuan sebenarnya mereka diciptakan!

Mereka meminum arak,
berjudi,
berzina,
membunuh anak perempuan mereka,
menipu dalam urusan jualbeli,
berperang sesama sendiri,
dan bersifat perkauman,
mereka tidak tahu kemana arah tuju mereka dalam hidup, mereka tidak tahu semua tu!!

Sehinggalah Allah menurunkan Nabi Muhammad bagi menerangkan kepada kaum quraisy mekah ni tentang islam. Barulah mereka menjadi umat yang hebat, daripada ummat yang bersifat jahiliyah itu kepada ummat yang hebat, bertamadun dan sebagainya sebagai sebuah komuniti muslim yang mantap.

Nampak kan? betapa nikmat islam dan iman itu penting bagi kita semua? betapa nikmat iman dan islam itu mengubah kita? kalaulah nikmat iman dan islam tu takde, agak-agaknya macam manalah kita hidup pada hari ni? mesti gejala jahiliyyah dan khurafat semakin teruk bermaharajalela dalam masyarakat kita sekarang.

Jadi, rakan rakan yang saya kasihi kerana Allah Taala sekalian, marilah kita sama sama memperbaiki dan bermuhasabah kembali diri kita, apakah nikmat iman dan islam yang kita dapat ini telah kita sedari dan syukuri dan yang lebih penting apakah sumbangan kita pula untuk islam yang kita nikmati ini sehingga ke hari ini.. Astaghfirullah. TT

Tuesday, May 8, 2012

Niat

Salam..

Huh, line internet rumah aku putus pulak, ini gara gara tak bayar habis lagi bil yang sudah tujuh bulan tertunggak harituh la nie.. tapi takpe, bila difikir balik, ada hikmah disebalik ketiadaan internet kat rumah nie, boleh laa fokus 'sikit' pada pembelajaran memandangkan periksa akhir semester sudah tidak lama lagi nie, wakaka huh ==" ---sedang online di rumah kawan---

Oke, tajuk pada post kali nie ape eh, aku pun tak tau nak cerita ape, tapi aku ingat nak cerita skit pasal blogging.

Hmm, bila difikir balik sebab apa aku buat blog, memacam jenis jawapan yang aku dapat. antaranya adalah, sebab nak bagi kesedaran kat orang, sebab bosan ( rasanya ) dan mungkin jugak sebab nak memane akhawat terpikat dengan blog aku yang tahpapa design nya ( mungkin ) ..

Hmm, lepak jap, aku nak pegi makan kat NM...... Oke, kenyang =="  sambung balek cerita, so, kalau nak kata aku buat blog sebab nak bagi kesedaran, berapa ramai je yang tau pasal blog aku nih, follower pun tak mencecah angka puluhan lagi, so, jawapan 'memberi kesedaran kepada orang' itu mungkin bukan jawapan yang tepat kout.. dan... nak kata aku buat blog sebab bosan...... hmm, malas lah nak ulas :}

Jadi, jawapan yang sebenarnya blog aku yang macho nie ditubuhkan adalah disebabkan aku nak bagi memane akhawat yang berada dilaman sosial nie terpikat dengan kejantanan blog aku, itu je jawapannya, simple ~ yelah, sebab apa lagi aku buat blog nih kalau bukan nak mengada ngada sana sini, cerita pasal kehidupan diri aku yang tah papa bagi kebanyakan lelaki dan menarik bagi sesetengah akhawat... haha ----- Oke, dah mengarut  O.o ----korang jangan percaya apa yang aku cakap tadi :D----

Sebenarnya kepada sesiapa pun yang ada blog , tujuan dan niat asal blog masing masing ditubuhkan adalah berbalik kepada diri sendiri........ kan ?   Kalau niat dan tujuannya baik , maka baiklah blog nya , kalau buruk niatnya, maka buruklah blognya...... kan ? simple ~

So, sahabat yang dirahmati Allah sekalian, sebenarnya , --- berapa banyak kali sebenar daaa ---  aku buat blog nie, sebab diri aku je, aku buat blog sebab aku nak melatih kemahiran output aku, selain itu jugak sebagai peringatan kepada diri aku, yelah, siapa lagi yang selalu baca blog sendiri kalau bukan diri sendiri..... kan? haha.. oke, itu saja buat kali ini, mintak diri dulu.... nak pergi fawal pulak...... salam :)



-------------------------------------------------

p/s :   Segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat pahala berdasarkan kepada apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya, Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.