Tuesday, May 8, 2012

Niat

Salam..

Huh, line internet rumah aku putus pulak, ini gara gara tak bayar habis lagi bil yang sudah tujuh bulan tertunggak harituh la nie.. tapi takpe, bila difikir balik, ada hikmah disebalik ketiadaan internet kat rumah nie, boleh laa fokus 'sikit' pada pembelajaran memandangkan periksa akhir semester sudah tidak lama lagi nie, wakaka huh ==" ---sedang online di rumah kawan---

Oke, tajuk pada post kali nie ape eh, aku pun tak tau nak cerita ape, tapi aku ingat nak cerita skit pasal blogging.

Hmm, bila difikir balik sebab apa aku buat blog, memacam jenis jawapan yang aku dapat. antaranya adalah, sebab nak bagi kesedaran kat orang, sebab bosan ( rasanya ) dan mungkin jugak sebab nak memane akhawat terpikat dengan blog aku yang tahpapa design nya ( mungkin ) ..

Hmm, lepak jap, aku nak pegi makan kat NM...... Oke, kenyang =="  sambung balek cerita, so, kalau nak kata aku buat blog sebab nak bagi kesedaran, berapa ramai je yang tau pasal blog aku nih, follower pun tak mencecah angka puluhan lagi, so, jawapan 'memberi kesedaran kepada orang' itu mungkin bukan jawapan yang tepat kout.. dan... nak kata aku buat blog sebab bosan...... hmm, malas lah nak ulas :}

Jadi, jawapan yang sebenarnya blog aku yang macho nie ditubuhkan adalah disebabkan aku nak bagi memane akhawat yang berada dilaman sosial nie terpikat dengan kejantanan blog aku, itu je jawapannya, simple ~ yelah, sebab apa lagi aku buat blog nih kalau bukan nak mengada ngada sana sini, cerita pasal kehidupan diri aku yang tah papa bagi kebanyakan lelaki dan menarik bagi sesetengah akhawat... haha ----- Oke, dah mengarut  O.o ----korang jangan percaya apa yang aku cakap tadi :D----

Sebenarnya kepada sesiapa pun yang ada blog , tujuan dan niat asal blog masing masing ditubuhkan adalah berbalik kepada diri sendiri........ kan ?   Kalau niat dan tujuannya baik , maka baiklah blog nya , kalau buruk niatnya, maka buruklah blognya...... kan ? simple ~

So, sahabat yang dirahmati Allah sekalian, sebenarnya , --- berapa banyak kali sebenar daaa ---  aku buat blog nie, sebab diri aku je, aku buat blog sebab aku nak melatih kemahiran output aku, selain itu jugak sebagai peringatan kepada diri aku, yelah, siapa lagi yang selalu baca blog sendiri kalau bukan diri sendiri..... kan? haha.. oke, itu saja buat kali ini, mintak diri dulu.... nak pergi fawal pulak...... salam :)



-------------------------------------------------

p/s :   Segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat pahala berdasarkan kepada apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya, Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.

No comments:

Post a Comment