Monday, January 30, 2012

Pengorbanan

Salam :) 




tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima


Sekali lagi diberi peluang untuk mengepost post di blog aku yang tak seberapa nih, jadi, bagi mereka yang merasakan dunia ini tidaklah seindah mana , aku ingin berkongsi pengajaran yang baru sahaja aku belajar dari seorang sahabat aku :) ..

Sebenarnya sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian, setiap detik atau ketika dari perjalanan hidup kita ini mempunyai pelbagai pelajaran untuk kita jadikan sebagai pengalaman, betol ke? :)

Ya ! mmg btol pon, kerana hidup kita setiap hari adalah lain dari hari yang sebelumnya, jadi beruntunglah kepada manusia yang selalu berfikir dan mengambil pengajaran dari setiap detik kehidupan yang dia lalui O.o , so, mari kita berbalik kepada pengajaran yang aku dapat dari kawan aku tadi eh :)

Sebenarnya, pengajaran yang aku dapat dari dia adalah sifat pengorbanan terhadap kawan, setelah aku lepak dengan dia nih, aku memerhati dan menganalisis perbuatan dia ( sama mcam orang2 lain yang aku jumpa jugak ) , aku mendapati dia menghabiskan banyak duit untuk belanja aku di kedai2 makan, tambang teksi dan coaster dan mcam2 lagi lah dengan senang dan ikhlasnya sehingga membuatkan aku terharu dan pada masa yang sama terkilan jugakk..

Yes ! terharu dan terkilan ! dua perasaan yang berbeza pada masa yang sama, setelah aku fikir kenapa aku terharu dan terkilan aku rase mungkin aku terharu disebabkan dia telah belanja aku dengan kadar yang banyak kan, yelah, kita terharu sebab orang buat baik kat kita, kan? dan aku pun sebagai manusia yang biasa mcam korang jugak pun mempunyai perasaan yang sama :D , betol ke? hhu..

Then, perasaan yang kedua yang aku alami pulak adalah terkilan, ( nak masuk ke point aku dah nih, fokus2 ! ) , Ya ! kenapa aku terkilan eh? aku fikir, disebabkan aku dah jarang sangat belanja orang untuk masa jangka yang panjang kan, dan Allah pun menurunkan sahabat aku yang dikasihi ini untuk menyedarkan aku tentang pengorbanan yang perlu dilakukan untuk sahabat dan mensucikan lagi diri aku nih dari sifat kedekut :)

Yes, bukan semua orang yang berkorban perlu terkorban kan? tapi disesetengah masa dan perkara perlu jugak terkorban, terkorban wang, masa, tenaga dan bagai lagi lah bagi mendapatkan sesuatu yang kadang2 kita tak rasa bahagia pun melakukanya seperti belanja kawan :D tapi yakinlah sahabat2 yang dikasihi sekalian, kita sebagai umat nabi akhir zaman merangkap pemegang amanah untuk menyebarkan cinta Allah dimuka bumi ini, YAKINLAH semua pengorbanan yang kita lakukan untuk sesiapa sahaja dimana jua dengan niat ikhlas kerana Allah Taala InsyaAllah itulah antara kebahagiaan yang hakiki dan terbaekk :)

So sahabat2, kita janganlah kedekut sangat dalam 'berkorban' kerana pengorbananlah merupakan antara kebahagiaan kita yang hakiki dan terbaekk kan? yakinlah ! semua itu akan dibalas dengan balasan yang sepatutnya.. Sekian ..


p/s : dan sifat yang terburuk yang ada pada seorang lelaki adalah lari dari medan peperangan dan kedekut ;)

No comments:

Post a Comment