Friday, November 18, 2011

Muhasabahlah diri kita :D

Assalamualaikum w.b.t sekalian sahabat, apa khabar? memandangkan ini adalah blog pertama dan juga post saya yang pertama, eloklah kiranya jika saya memulakan dengan memberi sedikit pencerahan untuk memuhasabah diri kita yang lemah ini :D

Sesungguhnya sahabat yang dikasihi, sebenarnya hidup kita di dunia nie takde ape pon,, BETUL!! kita ini bukanlah sesiapa pon!! maksud saya, yelah,, kita nie tidak memiliki apa pun melainkan Allah Yang Esa itu.. sebenarnye yang saya nak bawak disini adalah diri kita ini kena senantiasa di muhasabah oleh diri kita sendiri...

Maha Suci Allah tuhan yang menciptakan alam ini... Sesungguhnya sahabat2 yang dikasihi sekalian, cuba kita bayangkan hidup kita tanpa ada ibu dan ayah, tanpa ada duit, tanpa ada makanan, tanpa ada tempat tinggal...... macam manalah kita nak hidup agaknya? kepada siapalah kita yang lemah ini hendak mengadu? bagaimana kita hendak mengisi perut yang lapar tanpa wang? bagaimana kita hendak berlindung dari cuaca hujan dan panas dikala kesejukan dan kepanasan?

Maha Suci Allah dari sifat zalim, hanya kepadaNya lah sahabat2 yang dikasihi sekalian untuk mengadu!! SEGALA-GALANYA!! APA-APA SAHAJA!! Subhanallah sahabat2... Dia kalau hendak menghancurkan kita menjadi butiran pasir pun dia mampu sahabat, tapi mengapakah kita masih berjalan diatas bumi yang diciptakanNya ini dengan penuh sombong? dengan penuh kedekut? dengan tidak bertegur sapa sesama insan yang lain? MasyaAllah, Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, mungkin dia masih memberikan masa dan peluang untuk kita berubah, memberi kita tenaga dan fikiran untuk melakukan sesuatu..

Bukanlah susah untuk memuhasabah diri kita ini wahai sahabat2 sekalian.. hanya ambillah beberapa minit untuk kita fikir sedalam dalamnya apa yang telah berlaku dalam kehidupan seharian kita, sebelum tidur adalah antara waktu yang terbaik untuk memuhasabah diri... InsyaAllah sahabat2 yang dirahmati sekalian, sementara nikmat jantung dan nafas ini masih diberi, muhasabahlah diri anda....






Sekali lagi wahai sahabat2 sekalian, adalah penting untuk kita memuhasabah diri, Islam tidak boleh dihayati dengan hanya menggunakan akal fikiran, ianya memerlukan perasaan yang mendalam... perasaan CINTA, KASIH SAYANG, TAKUT, HARAP dan sebagainya untuk dihayati.... jadi sahabat2 sekalian, ambillah masa dari 24 jam yang diberi Allah untuk kita memuhasabah diri kita ini kembali dan kembali... supaya kita senantiasa sedar dan ingat tentang apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang serta turut menghayati makna Islam yang sebenarnya....

No comments:

Post a Comment