Sunday, November 4, 2012

Nikmat Tuhan

Nikmat Tuhan..

Apa yang kita faham dengan nikmat tuhan ni eh? "Segala sesuatu pemberian yang kita dapat dan rasa didalam dunia ni.." mcam tu eh..? huhu :D entahlah, saya pon tak tahu jugak sebenarnya. huhuhu.

Tapi nikmat Allah ni luas kan, dan baanyiiiiaaak sangat. :D Dari kita bangun tidur saaampai lah kita nak tidur balik pada malamnya nanti banyak betul nikmat Allah yang kita dapat. Contohnya seperti makan, duit, belajar, dapat bersembang dengan rakan rakan, gelak ketawa ( eh, gelak ketawa pon nikmat tuhan jugak tau, ada je orang yang tak boleh gelak ketawa dek kerana mulut dia memang tak boleh gelak ke, hati keras ke, ataupun sebab sedih yang terlampau )  dan, apa lagi nikmat tuhan yang lain... ? dapat mak bapak yang baik, dapat isteri yang solehah, eh?? dapat bersenang lenang, ( yelah! kat tempat kita ni aman je kan, tak payah pun nak kene perang dengan orang kafir laknatullah macam saudara kita kat palestin, syria, lubnan dan rohingya sana nunn.. ) aman peacefull jek.. tapi malaysia masih dalam jahiliyyah T_T

Jadi rakan rakan yang saya sayangi dan kasihi sekalian, ada dua nikmat tuhan, yang sebenarnya nikmat yang paling besar dan yang paaaliiiiinnng biggest yang perlu kita beri perhatian dan kesyukuran kita padanya, DUA perkara tersebut adalah... adalah appaaa semuaa?  yeaaa.. itulah diaa, nikmat Iman dan Islam!

Nikmat Iman dan Islam. sedar atau tidak kita ni kebanyakannya lahir-lahir sahaja dalam dunia yang penuh barakah ni dah terus dapat nikmat Iman dan islam tu, tak perlu pun kita bersusah payah untuk bermusafir jauh jauh ataupun meminta minta merayu bagi mendapatkan nikmat iman dan islam itu sendiri kan, kerana apa? kerana mak bapak kita sudah pon menjadi orang islam dan beriman kepada Allah.. Insya Allah.

Penting sebenarnya dua nikmat yang terbesar yang Allah bagi pada kita pada hari ini.

ingat lagi?? ingat lagi tak??

Zaman mekah dahulu yang sebelum nabi datang mengajarkan mereka tentang islam, mereka hidup dalam keadaan yang jahil!

Dan tidak tahu tentang apa tujuan sebenarnya mereka diciptakan!

Mereka meminum arak,
berjudi,
berzina,
membunuh anak perempuan mereka,
menipu dalam urusan jualbeli,
berperang sesama sendiri,
dan bersifat perkauman,
mereka tidak tahu kemana arah tuju mereka dalam hidup, mereka tidak tahu semua tu!!

Sehinggalah Allah menurunkan Nabi Muhammad bagi menerangkan kepada kaum quraisy mekah ni tentang islam. Barulah mereka menjadi umat yang hebat, daripada ummat yang bersifat jahiliyah itu kepada ummat yang hebat, bertamadun dan sebagainya sebagai sebuah komuniti muslim yang mantap.

Nampak kan? betapa nikmat islam dan iman itu penting bagi kita semua? betapa nikmat iman dan islam itu mengubah kita? kalaulah nikmat iman dan islam tu takde, agak-agaknya macam manalah kita hidup pada hari ni? mesti gejala jahiliyyah dan khurafat semakin teruk bermaharajalela dalam masyarakat kita sekarang.

Jadi, rakan rakan yang saya kasihi kerana Allah Taala sekalian, marilah kita sama sama memperbaiki dan bermuhasabah kembali diri kita, apakah nikmat iman dan islam yang kita dapat ini telah kita sedari dan syukuri dan yang lebih penting apakah sumbangan kita pula untuk islam yang kita nikmati ini sehingga ke hari ini.. Astaghfirullah. TT

No comments:

Post a Comment