Thursday, April 19, 2012

Sekecil kecil perkara :)

Assalamualaikum sahabat2 yang disayangi oleh Allah sekalian... "Pemimpin yang unggul adalah pemimpin yang boleh menyelesaikan perkara yang besar dan perkara yang kecil" :)

Ya, perkara yang besar dan perkara yang kecil, huhu :) Dan SETIAP orang adalah pemimpin ! pemimpin kepada sebuah negara, pemimpin kepada keluarga, pemimpin kepada isteri, pemimpin kepada anak-anak, dan sekurang-kurangnya dia adalah pemimpin kepada dirinya sendiri...

Oke, baiklah, sekarang saya nak anda/korang semua bersedia, sebab kita akan terus berlayar bahtera menuju ke fokus utama post saya pada kali ini, hoho :D

Seperti yang anda/korang semua tahu, pemimpin yang baik/unggul/cemerlang adalah pemimpin yang boleh menyelesaikan dari sebesar besar perkara sehinggalah sekecil kecil perkara, dan seperti yang anda/korang semua tahu jugak, setiap dari kita ini adalah pemimpin, kan?

Jadi, apa itu sebenarnya sebesar besar perkara dan sekecil kecil perkara eh?? huhu.. Sebenarnya saya pun bukanlah seorang yang arif sangat tentang sebesar besar perkara dan sekecil kecil perkara, tapi, saya tau juga lah skit, dan yang sikit nilah saya nak kongsikan bersama anda/korang semua pada kali ini..

Baik ! contoh sebesar besar perkara adalah seperti solat lima waktu, menyelesaikan kerja sekolah yang guru berikan, menyelesaikan masalah urusan negara, mendapatkan keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan, menjaga hubungan baik dengan guru dan rakan-rakan yang lain, hormatkan ibu bapa kita dan sebagainya.. secara kesimpulan, sebesar besar perkara adalah perkara yang umum yang kita lalui dalam kehidupan seharian kita.. dan sebesar besar perkara ini pada saya adalah perkara yang susah diselesaikan tetapi mampu diselesaikan oleh semua orang, yeke?

Itulah serba sedikit tentang sebesar besar perkara, sekecil kecil perkara pula apa eh? sudah tentu lah perkara yang kecil adalah perkara2 yang khas pulak kan kalau dah yang besar2nya adalah perkara yang umum en.. tak gitu? hohoho :D

Baik, sekecil kecil perkara adalah perkara yang mudah, tapi susah untuk diselesaikan mungkin kerana dek lupa, malas, atau tak sengaja kerana tak biasa :)

Contohnya adalah seperti, buang sampah yang kecil2 seperti plastik gula-gula bila ternampak bukan ditempatnya, tutup balik suis lampu/kipas apabila tidak digunakan, kemas barang2 yang kita nmpak tak teratur di meja study kita, susun semula buku2 yang tak teratur di meja, susun kasut dengan cantik, selalu kemas rumah tanpa disuruh, selalu berfikir tentang perkara2 yang kita hadapi dalam kehidupan seharian, berzikir/ingat kepada tuhan dan peka dengan keadaan sekeliling dan sebagainya.. Huhu :D

Tutup suis bila tak diguna lagi, jimat der.
Secara kesimpulan, perkara2 yang kecil adalah perkara-perkara yang senang, tapi kadang2 orang gagal menyelesaikannya.. dan perkara yang kecil ini kita tidak belajar pun disekolah, perkara2 sebegini perlu kita fikir dan bertindak dengan sendirinya... Hhu :)

Dan sebenarnya, perkara2 yang sebeginilah yang membuatkan kita lebih peka, kemas dan lebih teratur apabila kita menyelesaikan masalah2 yang besar..

Ya, perkara2 kecil ini sangatlah penting dan terlalu penting sehingga telahpun mencapai tahap yang paling kritikal dan maksima, huhu, kerna perkara yang kecil2 inilah yang akan menentukan kualiti serta tahap kualitas hasil kerja2 besar kita nnti..

Percayalah dan yakinlah, jika kita mampu untuk menyelesaikan perkara2 yang simple dalam hidup kita nih, maka dengan itu perkara2 yang besar akan menjadi lebih senang,simple, osem dan bergaya serta menarik perhatian orang rmai, yess, mesti jugak disusuli dengan doa dan usaha yang kuat serta mantap.. huhu :D

Baiklah, sekian dari saya, itu sahaja post saya pada kali ini, terima kasih kerna sudi membaca eh, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :D

----------------------------------------------------------

p/s : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, " Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi. " :D selamat beramal eh =)

No comments:

Post a Comment