Saturday, March 17, 2012

Sayonara Jahiliyah

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa itu sayonara jahiliyah.. sayonara jahiliyah bermaksud selamat tinggal kepada perkara-perkara yang melalaikan , especially dalam kerja-kerja dakwah KITA..

Begitulah pengenalan ringkas mengenai tajuk saya pada posting kali ini (mood-biasa)

Huhu, ada banyak perkara dalam hidup kita ini yang melalaikan diri kita terutama dalam kita mengingati Allah S.W.T, samada dengan kita sedari ataupun dengan tanpa kita sedari, seperti contohnya adalah musik, game, movie, sembang perkara yang tidak faedah dengan perempuan/lelaki, rokok, facebook dan twitter. Perkara-perkara seperti ini adalah perkara yang dapat melembabkan dan melemahkan kerja-kerja kita sebagai hamba Allah dalam menjalankan kerja-kerja sebagai seorang dai'e.

Jadi, saya menyeru kepada sahabat2 handai dan rakan2 tidak kira yang mengenali saya mahupun tidak mengenali untuk bersama-sama kita berusaha meninggalkan perkara jahiliyah ini. Kerana jika tidak bermula sekarang, bila lagi?

Ok, katakanlah kalau anda rasa bahawasanya anda masih lagi muda, belum tiba masanya untuk meninggalkan perkara2 jahiliyah ini, ataupun anda ingin menangguh dalam urusan meninggalkan perkara jahiliyah ini pada waktu2 yang tertentu sampai waktu yang anda rasakan sesuai, saya ingin katakan bahawa perubahan yang anda tangguhkan itu membawa makna bahawa anda telah rela untuk menambahkan bilangan dosa untuk diri anda sendiri, ini adalah sesuatu yang rugi, betapa bodohnya anda jika anda berfikir untuk menangguhkan dalam urusan sayonara jahiliyah ini.

Memang berat ! saya akui, memang sukar bagi kita semua untuk meninggalkan perkara2 jahiliyah yang sudah lama bertapak dan terkubur didalam diri kita, tapi, inilah hakikat, perkara2 tersebut adalah suatu yang perlu dibuang sebelum ianya bermaharajalela dan menguasai diri kita, sebelum ianya berjaya membuat kita tersungkur dari gerabak dakwah yang telahpun selama ini kita lima puluh lima puluh untuk ketinggalan.

There is no more DotA !!


Sahabat2 yang dikasihi sekalian, jika kita berjaya untuk berusaha meninggalkan sifat jahiliyah yang tertanam didalam diri kita ini maka sesungguhnya kita telah berjaya dalam salah satu jihad kita melawan nafsu, berjaya mengalahkan hasutan syaitan, berjaya menambah masa kita untuk perkara2 yang positif dan kejayaan2 lain yang berbagai.

“Tidak terputus hijrah sehingga terputus (peluang) bertaubat, dan tidak terputus (peluang) bertaubat sehingga matahari muncul dari arah barat.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)

p/s : bersama berubah demi kemaslahatan diri dan ummat ini -_- sayonara jahiliyah!

1 comment: